Tuesday, 28 March 2017

PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI



PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM
BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI

ABSTRAK
Pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak dan melahirkan manusia yang baik. Penekanan pendidikan akhlak dalam Pendidikan Islam adalah jelas. Ini kerana Pendidikan Islam antara lainnya bertujuan membangun dan melahirkan insan secara bersepadu dan seimbang demi merealisasikan fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Artikel ini membincangkan beberapa persoalan berkaitan dengan pemantapan komponen akhlak terkini dalam era globalisasi khususnya di peringkat prauniversiti. Beberapa kekuatan dan kelemahan di peringkat tersebut akan diperhalusi. Sehubungan dengan itu, penulis turut mencadangkan kaedah penyelesaian yang sewajarnya.

PENDAHULUAN
Apabila disebut tentang globalisasi, rata-rata ramai yang masih belum mengetahui dan memahami maksud globalisasi dengan sebenarnya. Paling kurang istilah ini pernah didengari oleh sebab ia sentiasa diwar-warkan dan disebut-sebut oleh pelbagai pihak yang berpandangan jauh dan bersedia mengharungi arus globalisasi. Begitu juga, globalisasi sering dikaitkan dengan pemodenan dan teknologi canggih. Namun persoalannya ialah sejauhmanakah globalisasi membawa arus pemodenan dan teknologi canggih yang sejajar dengan kehendak dan tuntutan Islam?
Globalisasi bermaksud mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi seluruh dunia (Yusof al-Qardhawi, 2001). Globalisasi juga disebut dengan pelbagai istilah seperti ‘dunia tanpa sempadan’ (borderless world), ‘kampung global’ atau ‘desa sejagat’ (global village) dan ‘dasar langit terbuka’ (open sky policy) merupakan suatu fenomena tatacara baru dalam mewujudkan ciri-ciri pensejagatan. Dunia mahu dijadikan suatu pentas kecil supaya mudah terjangkau dalam waktu yang singkat. Dunia juga perlu dikuasai tanpa kehadiran secara fizikal kuasa besar secara langsung, cukup hanya dengan proksinya (Ahmad Zahid Hamidi, tt). Walau apapun, yang jelasnya kesan globalisasi bukan sahaja melibatkan perubahan yang besar dalam bidang ekonomi, politik dan sosial malah dalam bidang pendidikan. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Mohd. Kamal Hassan (2003) iaitu: 96
The phenomenon of globalization has transformed not only world trade, communications and economics in the later part of the last century but is having a profound impact on education at the beginning of this millennium. Impak positifnya sudah tentu perlu dimanfaatkan, manakala impak negatifnya perlu ditolak dan ditangani dengan bijaksana. Hakikatnya, globalisasi juga merisaukan sesetengah pihak tentang kemerosotan nilai akhlak dan moral manusia serta sistem agama dalam cara hidup dan kebudayaan yang diamalkan. Maka, dengan itu juga kita memikirkan cara terbaik untuk menerapkan nilai mulia dan membentuk insan mulia.
Sekolah dan pendidikan merupakan wadah yang boleh memainkan peranan ini. Ini keranasekolah itu sendiri adalah sarat nilai atau value laden dan guru merupakan agen moral. Justeru, artikel ini akan membincangkan pemantapan pendidikan akhlak di sekolah peringkat menengah khususnya menerusi kurikulum Pendidikan Islam dalam era globalisasi demi membentuk kemanusiaan sejagat.

PENDIDIKAN AKHLAK DAN ADAB
Agama Islam sebagai ad-Deen atau way of life amat menekankan kepada pendidikan akhlak. Sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Agama itu adalah nasihat” (Sahih Muslim, Jilid 1, Bil. 43); nasihat tentang yang betul dan yang salah. Tujuan utama perutusan Nabi Muhammad s.a.w. oleh Allah s.w.t kepada manusia juga memperlihatkan kepentingan nilai akhlak atau moral dalam Islam, sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” (Imam Malik, hal. 132).
Oleh itu, menurut kaca mata Islam nilai akhlak adalah sebahagian dari pada agama Islam itu sendiri. Justeru, dalam Islam manusia yang paling tinggi statusnya adalah manusia yang paling mulia akhlaknya dan tinggi sifat taqwanya. Malah, tidak sempurna iman seorang muslim itu sekiranya dia tidak memiliki nilai-nilai moral dan akhlak yang mulia dan terpuji. Banyak hadis yang menunjukkan kaitan iman dengan akhlak. Misalnya, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya (Imam Ahmad, Juz 3, No. 7406) dan “Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri” (Sahih Bukhari, Jilid 1, Bil. 10).
 Bagaimanapun, tidak bermakna bahawa dengan memiliki akhlak yang sempurna dan mulia sudah memadai untuk dikategorikan sebagai muslim yang benar-benar beriman. Kepentingan peranan iman kepada umat Islam diutamakan kerana ia merupakan asas yang menentukan segala amalan dan perilakunya diterima Allah s.w.t. Tiada gunanya seseorang itu berakhlak atau bermoral tinggi, namun dia tidak mempercayai dan patuh kepada peraturan dan hukum Allah s.w.t. Dalam hal ini, Tunku Sarah (1997) turut menegaskan bahawa, penerapan nilai akhlak bermula daripada intipati tauhid kepada Allah s.w.t demi melahirkan insan soleh dan berakhlak. Beliau membuat kesimpulan bahawa pengajaran nilai akhlak yang berkesan akan berlaku apabila dikaitkan dengan kepercayaan kepada Tuhan. Hanya apabila insan itu menyedari akan kehadiran Allah s.w.t, barulah dia akan mendidik hati dan diri dengan sebenarnya. Jelasnya, akhlak 97 merupakan pelengkap kepada keimanan dan mencantikkan lagi ibadah yang dilaksanakan oleh seseorang muslim.
Selain daripada memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak, umat Islam dianjurkan supaya mengamalkan adab-adab mulia dalam kehidupan. Ini kerana setiap perkara ada kandungan dan bentuknya. Dalam akhlak, antara kandungannya ialah adab, manakala bentuk intipatinya ialah iman dan taqwa. Ini bermakna apabila menyebut konsep akhlak, ia secara langsung menyentuh adab-adab mulia. Adab yang kata akarnya addaba bermaksud mengajarkan adab. Adab juga boleh membawa maksud adat kebiasaan. Tegasnya, ia menggambarkan satu kebiasaan, budi pekerti dan perilaku yang diambil daripada orang yang dianggap sebagai contoh (Marwan Ibrahim al-Kaysi, 1997).
Dalam konteks Islam, sudah semestinya adab-adab yang digariskan adalah bersumberkan wahyu Ilahi. Namun, perlaksanaan adab adalah mengikut keadaan dan tuntutan masyarakat setempat asalkan ia tidak bertentangan dengan prinsip dan syariat Islam. Ini kerana menurut Marwan Ibrahim al-Kaysi (1997), adab Islam bertujuan untuk menyusun kehidupan harian, yang memberikan ketenangan dan maruah. Justeru, adab Islam menyentuh soal-soal kehidupan umat Islam dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada perkara yang besar.
Kesimpulannya, aspek akhlak sangat ditekankan dalam Islam, malah ia merupakan sebahagian daripada agama Islam itu sendiri. Untuk memelihara kehidupan yang harmoni, maka penekanan kepada sudut keagamaan dan kerohanian amatlah penting terutama dalam penekanan iman yang berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t. Ini kerana kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui daripada perilaku akhlaknya. Iman yang kuat akan mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedangkan iman yang lemah melahirkan akhlak yang buruk dan keji (Mohd. Kamal Hassan, 1987). Maka jelas di sini, peranan agama dan aspek rohani perlu ditekankan dalam apa jua bentuk pendidikan akhlak dan moral. Pendidikan akhlak berteraskan nilai agama adalah lebih sempurna dan menjamin melahirkan insan yang berkualiti sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi.
Walaupun telah dijelaskan betapa Islam mengambil berat tentang peranan iman dan rohani atau agama dalam pendidikan akhlak, namun terdapat pelbagai pandangan yangmenolak kepentingannya. Misalnya, masyarakat Barat kini tidak pasti akan peranan agama berhubung dengan pendidikan nilai, moral dan akhlak. Tidak keterlaluan jika dikatakan “masyarakat Barat yang tidak beriman”, yang sekular sedang menolak kepentingan agama secara menyeluruh. Menerusi globalisasi, impaknya yang negatif ke atas masyarakat boleh menjadi sesuatu yang lebih serius.
Walau apapun, keadaan seperti ini tidak berlaku di kebanyakan negara di rantau ini. Di Malaysia, pelbagai langkah telah diambil bagi menyedarkan masyarakat untuk kembali kepada nilai-nilai mulia. Ini merupakan suatu petanda yang baik bagi kedua-dua pendidikan nilai moral dan pendidikan agama. Perkara ini jelas dalam Rukun Negara (khususnya berkaitan dengan kalimah ‘kepercayaan kepada Tuhan’) dan cabaran keempatyang terkandung dalam Wawasan 2020, iaitu mewujudkan masyarakat bermoral dan 98 beretika sepenuhnya, yang rakyatnya kuat beragama dengan nilai kerohanian serta disemai dengan nilai etika paling tinggi.
Terkini ialah Pelan Integriti Nasional (PIN) yang digubal oleh pihak kerajaan yang mmerangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan serta falsafah dan prinsip Rukun Negara merupakan suatu pelan induk dalam usaha membina masyarakat yang bermoral dan beretika. Penggubalan PIN juga bertujuan merealisasikan Wawasan 2020 jelas menunjukkan penekanan Malaysia kepada nilai agama dan kerohanian dalam membentuk peribadi mulia dan moral yang tinggi. Tegasnya, pendidikan agama dipercayai berupaya mempengaruhi cara pemikiran anak-anak khususnya remaja dan seterusnya tingkah laku mereka. Oleh itu, suatu bentuk sistem pendidikan akhlak dan moral yang mengambil kira peranan dan nilai agama perlu diberi perhatian dan ditekankan ke atas pelajar.

PEMANTAPAN PENDIDIKAN ISLAM DAN KOMPONEN AKHLAK
Di Malaysia persoalan pendidikan akhlak diberi perhatian terutamanya dalam system pendidikan kebangsaan. Untuk merealisasikan hasrat ini, maka pelajar Islam diwajibkan mengikuti Pendidikan Islam, manakala pelajar bukan Islam pula dikehendaki mengikuti Pendidikan Moral. Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam boleh dilihat menerusi perkembangan pendidikan Islam di negara ini. Amnya terdapat empat jenis sistem pendidikan Islam. Setiap jenis tersebut boleh diringkaskan seperti berikut. Jenis pertama merupakan pembelajaran di rumah guru. Menurut Maimunah, seperti mana dilaporkan oleh Abdullah Ishak (1995), struktur dan kurikulum pendidikan Islam di rumah guru pada zaman Kerajaan Melayu Melaka lebih menekankan kepada pengajian membaca al-Qur’an, di samping ilmu lain yang berkaitan dengan keagamaan seperti tawhid, fiqah, tasawwuf, sejarah Islam dan pengajaran yang mendatangkan kebaikan.
Selain pendidikan di rumah guru, jenis kedua ialah pengajian di institusi pondok yang dikenali sebagai pendidikan tradisional dan merupakan satu legacy pendidikan Islam yang tertua dan berpengaruh dalam melahirkan pelajar berpengetahuan agama, berakhlaktinggi serta dapat membimbing masyarakatnya (Ghazali Basri, 1991). Sebenarnya istilah“pondok” berasal daripada perkataan Arab, funduq yang bermaksud rumah-rumah kecil tempat tinggal, untuk empat hingga lima orang pelajar bagi setiap buah rumah. Pondok pondok itu didirikan atas usaha alim ulama dan masyarakat tempatan. Matlamat utama penubuhan institusi pondok ialah melahirkan masyarakat yang dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna. Justeru, kurikulum pengajian pondok lebih menumpukan kepada bidang keagamaan dan pengajarannya lebih bersifat penghafalan dan pemahaman.
Jenis ketiga pula ialah sistem pendidikan berkonsepkan sistem madrasah yang lebih sistematik dan formal. Ia merupakan satu alternatif yang menarik perhatian masyarakat Melayu kerana taraf pelajaran di madrasah adalah tinggi dan kurikulumnya bersifat lebihkomprehensif kerana telah dimasukkan beberapa mata pelajaran lain dalam pendidikan 99 Islam. Ini sesuai kerana Kaum Muda ketika itu berpendapat bahawa umat Islam tidakseharusnya mementingkan akhirat semata-mata, tetapi perlu maju dalam aspeksosioekonomi dan politik agar menjadi umat yang berdaya saing dan progresif.Pertumbuhan madrasah sesungguhnya bagai cendawan disebabkan anggapan bahawasistem pondok tidak mampu berkembang mengikut kehendak dan keperluan dalamkehidupan serba moden, di samping alasan untuk menyaingi pendidikan sekular yangditubuhkan oleh pendakwah Kristian seperti Sekolah Convent.Namun begitu, perlu ditegaskan bahawa kemunculan madrasah tidak melupuskan ataumelemahkan sistem pondok yang sedia ada; bersama-sama kedua-duanya inginmengukuhkan kedudukan pendidikan Islam di Tanah Melayu. Bahkan, kedua-dua sistempondok dan madrasah memainkan peranan penting dalam memelihara identiti Islam padaorang Melayu, dan menyediakan orang Melayu dengan teras pendidikan Islam.Sesetengah cendekiawan berpandangan bahawa intipati institusi pondok untukmasyarakat Melayu boleh diterangkan sebagai acuan bagi sudut budaya dalampendidikan dalam masyarakat Melayu Islam (Azmi Aziz & Shamsul A.B, 2004).Keutuhan pendidikan Islam pada akhir abad ke-19 mengalami cabaran dengan kehadiranpenjajah Inggeris di Tanah Melayu. Proses sekularisasi penjajah telah memperkenalkandasar pelajaran yang amat menghadkan kurikulum pendidikan Islam dan mengawal ketatpengajaran al-Qur’an. Sekolah vernakular Melayu telah ditubuhkan. Selain daripada itu,penubuhan MCKK telah menggunakan kurikulum yang serupa dengan yang digunakan diEngland. Kedatangan Inggeris sesungguhnya telah memperkenalkan pendidikan sekularkepada orang Melayu. Tegasnya, pada zaman penjajahan ini menurut Rosnani Hashim(2001), sistem pendidikan digunakan sepenuhnya oleh pihak penjajah untuk mencapaiagenda mereka yang tersendiri, termasuk menyebarluaskan fahaman sekular danmeminggirkan agama.Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi madrasah (dikenali juga sebagai sekolahagama atau sekolah Arab) berterusan menghadapi cabaran. Ini kerana Akta Pelajaran1961 (yang berasaskan kepada Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960),yang membawa perubahan besar dalam sistem pendidikan kebangsaan, telahmemasukkan Pendidikan Agama Islam sebagai satu mata pelajaran ke dalam kurikulumsekolah kerajaan. Sekaligus keadaan ini melemahkan kedudukan sistem madrasah, lebihlebihlagi dasar pendidikan kebangsaan memberikan gambaran bahawa prospek kerjayaatau jaminan ekonomi adalah lebih baik bagi lulusan sekolah kerajaan berbanding denganlulusan madrasah (Mohd. Yunus Noor, 1990).
Kepentingan Pendidikan Agama Islam di sekolah-sekolah kerajaan diberi penekanan lagiapabila ia diwajibkan ke atas semua murid Islam dan dimasukkan ke dalam jadual wakturasmi sekolah pada tahun 1962, dengan masa yang diperuntukkan ialah dua jamseminggu. Dari sudut kandungan kurikulumnya pula, ia hampir serupa dengan apa yangdiamalkan di kebanyakan negara Islam. Kurikulum mengandungi pengajian al-Qur’anyang merupakan komponen asas, di samping hadis dan mata pelajaran tauhid, fiqah,akhlak, tulisan, tata bahasa Arab, kesusasteraan dan sejarah. Sesungguhnya perlu ditegaskan bahawa Pendidikan Agama Islam diadakan di sekolah kerajaan bagi menjamin100hala tuju pendidikan Islam bukan mengenepikan sistem pondok dan madrasah atausekolah agama. Demi pendidikan Islam, semua sistem pendidikan yang terlibatdengannya ada kelebihan masing-masing dan patut dimanfaatkan oleh semua pihak.
Sepanjang pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam (sebelumnya disebut PengetahuanAgama Islam), pemantauan tentang keberkesanan mata pelajaran ini sentiasa diusahakan. Dapatan kajian itu terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji DasarPelajaran 1979, antaranya ialah:Mutu pelajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolahsekolahsekarang ini belum lagi mencapai satu peringkat yang diharapkan(Perkara 129).Pendidikan Agama Islam seperti yang dijalankan pada masa ini kurangmenitikberatkan aspek-aspek amali sepertimana yang dijangka dandikehendaki (Perkara 348.3).Kurikulum Pendidikan Islam telah dipertingkatkan lagi apabila Kurikulum Baru SekolahRendah (KBSR) diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)diperkenalkan. Peningkatannya boleh dilihat dari segi status dan sukatan pelajaranberbanding Kurikulum Lama Sekolah Menengah. Dalam KBSM, Pendidikan Islamterdiri daripada Pendidikan Islam Teras dan Pendidikan Islam Elektif. Pendidikan Islamsebagai mata pelajaran teras terbahagi pula kepada dua bidang iaitu bidang Tilawah al-Qur’an yang menekankan aspek bacaan, hafazan ayat-ayat, zikir dan doa serta kefahamanayat-ayat tertentu; dan bidang Ulum Syariah pula menekankan aqidah, ibadah, sirah dantamadun Islam serta sifat dan cara hidup Islam. Dari segi masa pengajaran danpembelajaran, Pendidikan Islam KBSM juga memperlihatkan peningkatan iaitu bagiperingkat menengah rendah ialah 240 minit atau enam kali seminggu. Bagi peringkatmenengah atas pula peruntukan masa ialah 160 minit atau empat kali seminggu.Sistem dan kurikulum pendidikan sentiasa bersifat dinamik. Tiada kurikulum yangberkekalan. Ia sentiasa disemak dan mengalami perubahan. Begitu juga halnya denganPendidikan Islam kerana pada 1996 keputusan telah dibuat untuk menyemak kurikulummata pelajaran itu. Sekali lagi, pada tahun 1998 kurikulum Pendidikan Islam mengalamiperubahan demi mencapai matlamat yang diinginkan semaksimum mungkin. Iadibahagikan kepada tiga komponen iaitu pertama, Tilawah al-Qur’an yang menumpukankepada membaca dan menghafal ayat-ayat al-Qur’an mengikut hukum tajwid, memahamipengertian, pengajaran dan hikmat serta menghayatinya. Kedua, Ulum Syariah yangmenumpukan kepada pemantapan aqidah, ibadah dan meneladani sirah Rasulullah s.a.w.serta Tamadun Islam. Akhir sekali, Pendidikan Akhlak Islamiah yang berfokus kepadapembentukan peribadi pelajar ke arah tingkah laku muslim mukmin melalui pengetahuandan pemahaman tentang peraturan dan cara hidup muslim dalam hubungannya denganAllah s.w.t, diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar.Setelah kurikulum Pendidikan Islam dilaksanakan selama tiga tahun, suatu semakansemula telah dilakukan ke atas Pendidikan Akhlak Islamiah. Beberapa perubahan telah101dilakukan yang melibatkan juga perubahan pada kandungan kurikulum PendidikanAkhlak Islamiah dan kaedah penyampaiannya. Komponen itu kini dinamakan sebagaiAdab dan Akhlak Islam (AAI) yang terdiri daripada enam bidang pembelajaran yangmempunyai subbidang masing-masing. Dari sudut struktur, pembentukan kandungandalam kurikulum AAI berteraskan kepada empat aspek hubungan iaitu hubungan dengandiri sendiri, individu lain, alam sekitar dan negara serta Rasul dan Pencipta (Allah).Manakala dari sudut kaedah penyampaiannya, guru dikehendaki menerapkan nilai-nilaiakhlak Islam ketika menerangkan adab dan amalannya dalam kehidupan pelajar. Gurugurudikehendaki menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskanteknologi maklumat dan komunikasi. Tegasnya, media elektronik dan komunikasi massatelah digunakan untuk memajukan dan mengembangkan nilai dalam mata pelajaranPendidikan Islam. Ini bertujuan meluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajarketika alam persekolahan dan apabila kembali ke dalam masyarakat bagi mendepani danmenangani arus globalisasi.Pengenalan komponen adab dan akhlak Islam dalam kurikulum Pendidikan Islam pada2003 adalah merupakan suatu usaha untuk mempertingkat dan mengemaskini lagipengajaran dan pembelajaran akhlak di sekolah yang antara lainnya bagi mencapaimatlamat iaitu melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu mantap sertakukuh iman dan taqwa sebagai benteng ketahanan diri, menguasai ilmu fardu ain danfardu kifayah, sebagai pedoman dan amalan hidup, mengamalkan tuntutan fardu ain danfardu kifayah bagi memenuhi tanggungjawab ibadah dan berakhlak mulia sebagaipelengkap diri dan tonggak budaya (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM,2002).Berdasarkan ciri kandungan AAI dan matlamat Pendidikan Islam di atas, adalah jelasbahawa selain mempelajari komponen lain dalam Pendidikan Islam adalah diharapkanpengajaran AAI dapat membentuk pelajar yang mampu mengharungi nilai-nilai luarmenerusi iman dan taqwa yang mantap, sebagaimana dijelaskan adab dan akhlak jugaakan dapat mengawal diri daripada gejala negatif” (Huraian Sukatan PelajaranPendidikan Islam KBSM, 2002). Ini bermakna AAI mesti menjadi induk utama kepadanilai-nilai materialisme, sekularisme, sainstisme dan sensateisme. Dengan penuhaltruisme ia perlu menggunakan nilai-nilai yang telah diislamisasikan untukkesejahteraan masyarakat dan persaudaraan atau manusia sejagat. Begitu juga diharapkanpelajar yang berakhlak dan beradab boleh bertindak dalam semua keadaan denganberkesan.
Begitu juga, perlu ditegaskan bahawa penampilan diri guru di sekolah memainkanperanan penting dalam menerapkan nilai-nilai akhlak Islam. Dalam hal ini, guru ataupendidik perlu bertindak sebagai role model dan mengamalkan nilai-nilai moral dan adabyang baik untuk diteladani oleh pelajar. Sesungguhnya guru adalah pendakwah yangpaling berkesan.102Guru-guru juga perlu untuk tidak hanya menceritakan ideological legend dalam Islamtetapi membicarakan model kehidupan dalam dunia yang sebenar (living models in reallife). Guru tidak hanya menyampaikan fakta dan pengetahuan tetapi menajamkan maknakemanusiaan dan teknologi di kalangan pelajar agar dapat menghadapi cabaran danmenangani zaman globalisasi dengan jayanya.
RUMUSAN DAN CADANGAN
Perbincangan di atas memperlihatkan peri pentingnya pendidikan akhlak dalam sistempendidikan kebangsaan. Pendidikan Islam yang secara langsung berperanan mendidikdan membentuk individu muslim yang berakhlak dan beriman sentiasa mengalamiperubahan demi menambahbaik dan mempertingkat keberkesanan dalam pendidikanakhlak dan moral pelajar.Walau apapun, yang jelasnya pendidikan akhlak dan moral yang dilaksanakan perludikaitkan dengan nilai Islam khususnya dan nilai agama amnya. Tanpa kaitan ini, insanyang bakal dilahirkan pasti tidak mempunyai kekuatan rohani dan mudah dihanyutkanoleh arus pemodenan yang bercanggah dengan prinsip Islam. Malah, mereka mudahputus asa apabila berhadapan dengan sesuatu konflik dan masalah kerana tiada kawalanagama yang memberi keyakinan tentang kekuasaan Allah s.w.t.Selain itu, pendidikan akhlak perlu menekankan kepada aspek penghayatan pelajar bukanhanya mementingkan aspek kognitif sahaja. Justeru itu, suatu langkah yang lebihmenyeluruh perlu difikirkan dan diambil bagi menilai aspek penghayatan pelajar dari segiakhlak dan moral. Suasana yang kondusif ke arah pembentukan akhlak dan moral yangbaik perlu diwujudkan di sekolah, dalam keluarga dan masyarakat. Hanya dengansuasana yang saling menyokong ini, pelajar-pelajar yang berakhlak dan bermoral dapatdilahirkan.Di sekolah, selain pendidikan nilai Islam yang perennial, pelajar hendaklah menghayatipendidikan sepanjang hayat, kehidupan kekeluargaan yang padu, budaya danketamadunan Islam (Islam Hadhari), dan sebagainya. Perlu juga diketengahkan psikologidan psikoterapi Islam termasuklah motivasi, kaunseling dan penasihatan secara Islamdalam melengkapkan Pendidikan Islam. Pendidikan Islam perlu bertindakbalas secaraproaktif dan kreatif terhadap fenomena globalisasi. Ini melibatkan juga cara berfikir danijtihad umat Islam pada masa kini dengan mengambil kira sebarang perubahan danpemodenan yang hadir tanpa mengenepikan prinsip dan syariat Islam.Sesungguhnya kejayaan seseorang pelajar bergantung kepada pencapaian akademik dankemuliaan akhlak dan moral. Ukuran kejayaan seorang pelajar perlu diperjelaskan.Tumpuan hendaklah tidak hanya kepada aspek akademik sahaja, bahkan juga kepadaaspek akhlak dan moral. Akhirnya, demi menjayakan hasrat murni iaitu melahirkan insanyang cemerlang, gemilang dan terbilang secara padu serta berilmu, beriman dan beramal,maka penggembelingan usaha dan komitmen dari pelbagai pihak sangat diperlukan.Tanggungjawab kedua-dua aspek dalam kehidupan iaitu amar makruf nahi mungkarperlu dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.103



RUJUKAN:
Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa
dan Pustaka: Kuala Lumpur.Abu Abd. Allah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amru bin al-Harith (1951).Muwatta’ al-Imam Malik wa Syarhuhu Tanwir al-Hawalik. Kaherah: Mustafi al Babi al-Halabi.
Ahmad Zahid Hamidi, (tt). Gelombang Globalisasi: Menggarap Keampuhan Ummah di
Malaysia. Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari Malaysia.
Al-Imam Ahmad bin Hanbal, (1991). Al-Musnad. Juzuk 3. Kaherah: Dar al-Fikr.
Azmi Aziz and Shamsul A.B., (2004). The Religious, The Plural, The Secular and The
Modern: A Brief Critical Survey on Islam in Malaysia. Inter-Asia Cultural Studies, 5(3).
Ghazali Basri, (1991). Pendidikan Islam Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan: Satu
Analisis. Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 4, Disember.
Greenland, J. & Robinson, (1980). Problem of Teaching Moral Values in a Changing
Society, International Review of Education, XXVI (2): 97-101.
Gross, M.L., (1999). Ethics Education and Physician Morality. Journal of Social Science
& Medicine. 49: 329-342
Marwan Ibrahim al-Kaysi, (1997). Adab Sopan dan Budi Pekerti Dalam Islam. (Terj.)
Hussin Salamon dan Mohd. Nasir Ripin. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Kamal Hasan, (1987). Peranan Akhlak Dalam Pendidikan. Jurnal Pendidikan
Islam. 8(3).
Mohd. Kamal Hasan, (2003) “Setting the Muslim Mindset in Malaysia: Facing the
Challenges of Globalization.” International Seminar on Islam and the Challenges of
Science and Technology in the 21st Century. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA.
Mohd. Yunus Noor, (1990), Seminar Kebangsaan Penilaian Pelaksanaan KBSR, 21-25
Mei, Genting Highland: Institut Aminudin Baki.
Nucci, L., (1987). Synthesis of Research on Moral Development. Educational Leadership.
February, 89-92.
Roberts, K.A., (1995). Religion in Sociological Perspective. USA: Wadsworth Publishing
Company.
104
Rosnani Hashim, (2001). Kurikulum Pendidikan Daripada Perspektif Islam Dalam
Konteks Pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam, November, 9(4).
Sahih Bukhary, (1981). Surabaya: Penerbit Toko Kitab “Al-Asriyah”.
Sahih Muslim, (2003). (Terjemahan oleh Ma’mur Daud). Singapura: Darel Fajr
Publishing House.
Tunku Sarah Tunku Mohd. Jiwa, (1997). Pembinaan Model Penerapan Nilai di dalam
Pengajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Tesis Ph.D., Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Yusof al-Qardhawi, (2001). Islam dan Globalisasi Dunia. (Terjemahan). Jakarta: Pustaka
al-Kauthar.

No comments:

Post a Comment

7 KERANCUAN DALAM BERPIKIR

Menurut Jalaluddin Rakhmat (200 5 ) ada 7 kerancuan dalam berpikir : Fallacy of dramatic instance (kecenderungan untuk melak...